Selasa, November 11, 2008

Antara 'Sajak Kematian' dengan 'Puaka Niyang Rapik'



Kanak-kanak merupakan golongan yang mudah mempercayai sesuatu khususnya apa-apa yang diucapkan oleh gurunya. Jika ibu dan ayahnya guru, tetap guru di sekolah juga yang dipercayainya.

Video 'Sajak Kematian' dikatakan menimbulkan trauma kepada kanak-kanak, benar, dan tidak boleh dinafikan. Namun, adakah trauma ini membawa keburukan atau kebaikan. Inilah persoalan yang perlu diuruskan oleh guru dan ibu bapa. Trauma yang timbul ialah ketakutan tentang kematian. Jika ketakutan tentang kematian maka inilah yang diingini oleh penerbitnya, iaitu menimbulkan ketakutan supaya insan-insan yang melihatnya memikirkan dan bersedia untuk menghadapi kematian termasuklah kanak-kanak.

Orang tua terdahulu berkata "melentur buluh biarlah dari rebungnya." Oleh itu, tayangan kepada kanak-kanak boleh dianggap betul kerana merekalah golongan yang masih suci dan mudah menerima apa-apa yang diajar. Jika tayangan ini kepada pelajar menengah atau golongan remaja, kesedaran atau impaknya tidak sehebat terhadap kanak-kanak. Mereka hanya sedar ketika ditayangkan dan ada antara mereka yang mempertikaikan isi kandungan dan menganggapnya hanya lakonan semata-mata. Pandangan seperti ini tiada pada kanak-kanak.

Bagaimana dengan trauma siri "Puaka Niyang Rapik". Drama ini juga menimbulkan trauma, kanak-kanak yang menontonnya akan ketakutan, takut ke dapur, takut bersendirian, malah takut di bilik air hingga ketika mandi pintu bilik air dibuka supaya ibu dan ayahnya dapat melihatnya. Adakah kita mendengar suara-suara mempertikaikan siri seram di TV3 ini?

Nabi pernah bersabda yang bermaksud orang paling bijak ialah mereka yang sering mengingati mati. Oleh itu, sepatutnya tayangan video 'Sajak Kematian' sepatutnya diterima dengan baik dan dialu-alukan sebagaimana masyarakat menerima siri seram di TV3 yang juga menimbulkan trauma. Malahan, siri seram TV3 ini boleh membawa kepada syirik apabila terlalu mempercayai apa-apa yang ditayangkan, berbanding 'Sajak Kematian' yang benar-benar akan ditempuhi oleh insan-insan bergelar kanak-kanak apatah lagi dewasa.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya bersetuju dengan penulis.Anak-anak saya sebelum ini saya bacakan buku 'bangkit semula sesudah mati'.Buku ini menyeramkan juga.Saya bacakan dengan gaya dan suara seolah-olah perkara itu betul-betul berlaku.Anak-anak saya setelah menonton video tersebut berjanji untuk menjadi baik dan tidak melalaikan sembahyang.Tidakkah kita patut berterimakasih kepada guru yg menyedarkan kanak-kanak itu tentang kematian supaya mereka tahu bahawa azab kubur itu amat pedih untuk mereka yg meninggalkan suruhan Allah.Saya tak faham dengan segelintir ibubapa yg komplen fasal video ini sedangkan cerita hantu,tahyul di tv berleluasa ditayangkan.Sewaktu saya kecil dulu cuma ada 2 saluran tv,tak jumpa cerita hantu kat tv selain cerita lama anak pontianak yg sekali-sekala sahaja ditayangkan.Saya membesar dengan cerita orang-putih Brady bunch,little house on the prairie,eight is enough,the waltons dll.Kebanyakannya berkenaan dengan keluarga.Kesian budak-budak sekarang.Buka tv semuanya hiburan.Takde pulak mak-ayah yg komplen kat tv tu suruh hentikan hiburan yg melampau-lampau tu.Sampaikan org-tua yg nak masuk kubur pun,tak kesah berjoget terkinja-kinja.Contoh tengoklah 'jangan tidur lagi'.Sedarlah mati itu pasti,siksa kubur itu benar!!!

Unknown berkata...

Sajak kematian hanya salah suatu usaha mendidik. Mungkin sasarannya kurang tepat jika ada pihak yang mempertikai kesesuaiannya.
Disebalik segalanya, Ibu bapa seharusnya memandang positif usaha ini kerana merekalah yang paling berpengaruh dalam keluarga. Positifkan, dan proses semula agar hakikat kematian tidak kita nafikan.
Media mensensasi...namun mereka juga tidak sedar diri. Filem seram 'berhantu' dipopularkan. Kelak lahir jenerasi muda penakut dan diselubungi tahyul serta khurafat...
Masyarakat malah Pak Menteri melenting dek jolokan media. Lupakah Falsafah pendidikan kita yang murni hasratnya?. Siapa yang seharusnya mengisi. Bersepadukah kita dalam tindakan?
Atau kita belayar tanpa nakhoda sesudah 'tsunami' datang melanda.

ASTraveller berkata...

assalamua'laikum..ana juga setuju dgn penulis...sesungguhnya mengingati mati itu, adalah baik..dpt mendidik kita insan yg selalu lupe dan lalai..igt mati juga akan menginsafkan diri kita..Rasulallah SAW juga menggalakkan kita utk mengingati mati 20 kali sehari..wallahu'alam..

sila berikan komen anda juga di http://sahabatmusleem.blogspot.com

syukran jazilan

pen buruk ™ berkata...

salam ..

saya juga setuju dengan pendapat anda.

sedangkan di tv tak halang, ni nak buat baik pun tak dibenarkan..

dengan izin:
1. nak copy dan paste tulisan saudara dalam blog saya. (sangat menarik)
2. saya nak buat link blog saudara dalam blog saya.
*harap dapat buat link juga dalam blog saudara

dari:

www.myazhar4u.blogspot.com

budiman berkata...

terima kasih kepada teman-teman pengunjung,

terima kasih juga kepada yang berkongsi pandangan dan bersetuju dengan apa-apa yang ditaipkan.

terima kasih juga kepada insan istimewa www.myazhar4u.blogspot.com yang sudi pautkan blog antara kita.

syabas dan tahniah kepada saudara insan istimewa(buta mata tetapi celik hati)yang kompeten bersaing dengan mereka yang celik mata.

moga komunikasi ini membawa kemajuan bersama.

Tanpa Nama berkata...

saya pun bersetuju dengan pandangan penulis. guru2 sekarang sudah tak bebas menjalankan amanah mereka sbg pendidik kerana campur tangan keterlaluan ibu bapa.di sekolah saya pun guru2 sudah tak ada kuasa nak mengenakan bayaran untuk mebeli lencana sekolah, neck tie dan buku latihan lencana sekolah kecuali setelah diputuskan dalam mesyuarat PIBG.Satu gambaran awal betapa pendidik sudah hilang kebebasan dalam menentukan didiplin pelajar. apatah lagi dalam mencorak keperibadian dan sahsiah mereka.saya mohon untuk copy tulisan ini..
www.tinta-muallim.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

saya rasa artikel ini bagus untuk bacaan semua

http://saifulislam.com/?p=2757

Tanpa Nama berkata...

bukan berniat utk bangkang,sekadar memberi tambahan idea jika perlu...pd pendapat sy,islam itu bukan agama yg mengugut,tetapi memberi nasihat.. "addin an nasihah"... wajarlah kita memberi nasihat,peringatan dan tunjuk ajar kpd ank2 kita ttg islam.cerita kebaikan2 dan relevennya islam pada bila2 masa,zaman dan kaum.ceritakan islam itu dari sudut ilmiah lebih penting dan memberi kesan jgka pnjg....selepas itu,kita susuli dengan dosa dan balasan bg org yg ingkar..mgkn wajar kita tygkan "sajak kematian" selepas kita didik dgn ilmu...

mgkn "sajak kematian" ini wajar diulang tayang di sidang2 DUN dan PARLIMEN... supaya wakil rakyat kita ingt dosa pahala :)

Tanpa Nama berkata...

tak sesuai utk pkat umo 7-8 thn. muhasabah balik...