Sabtu, Ogos 02, 2008

Adakah sejarah akan berulang?


Apa-apa yang dahulunya berlaku akan berlaku lagi jika kesilapan lalu tidak diketahui dan tidak dibaiki. Sesuatu yang dilalui sebagai rakaman kehidupan dan dianggap sebagai sejarah. Pembaikan yang berterusan dengan ketinggian daya juang dan kawalan yang berhati-hati mampu membatasi kesilapan-kesilapan yang dialami.


Kenali sejarah keluarga supaya warisan sikap dan warisan fizikal mampu membentuk kesejahteraan dalam kehidupan. Kenali keluarga anda supaya diketahui perwatakan dan perkembangan fizikal yang ada. Keturunan boleh menentukan segala-galanya, oleh itu kenali dengan mendalam watak-watak yang ada dalam keluarga anda. Kaji kejayaan, kekuatan, dan kekurangan generasi keluarga yang terdahulu. Genetik yang ada bukan sahaja menentukan rupa fizikal atau warisan penyakit malah peristiwa dalam kehidupan seharian.


Generasi awal keluarga anda mungkin pemidato hebat, peniaga tersohor, pemimpin terhebat, atau penyanyi popular dan bermacam-macam lagi. Kenali watak-watak terdahulu supaya menjadi panduan dan awasan demi kesejahteraan hari-hari yang mendatang. Lihat sahaja manusia yang berjaya hari ini, dari mana asalnya keturunan itu, misalnya kegemilangan Khalifah Umar Abd.Aziz , baginda berketurunan daripada Khalifah Umar al-Khattab.


Kiranya anda tahu apa-apa yang telah berlaku anda boleh meramal kejayaan akan datang. Jadikan pengalaman dahulu sebagai bimbingan dan panduan kehidupan yang serba mencabar hari ini.