Sabtu, Mac 16, 2013

Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2012, STPM Terminal 2012, dan STPM Penggal 1 2012/2013

Sumber daripada Bernama (lihat sini) Calon-calon SPM 2012 boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas jam 10:00 pagi pada 21 Mac 2013,Khamis.   Menurut MPM (lihat sini), keputusan STPM Terminal akan diumumkan pada 18 Mac 2013 selepas jam 12:00 tengah hari, manakala STPM Modular Penggal 1 2012/2013 pada 21 Mac 2013 secara dalam talian di Portal MPM dan SMS.  Bagi yang ingin mengetahuinya melalui SMS, boleh ikuti langkah di bawah. Semakan SPM melalui SMS akan diaktifkan selepas jam 10:00 pagi 21 Mac 2013 sehingga 11:59 27 Mac 2013, manakala STPM Terminal selepas jam 12:00 tengah hari 18 Mac 2013.

Semakan SPM:

Taip SPM  < NOMBOR KP > < NOMBOR ANGKA GILIRAN >
dan hantar ke 15888.

Contoh:

SPM 950314115055  AB0001A066 dan hantar ke 15888.

Semakan STPM:

Taip STPM Result < NOMBOR KP > 
dan hantar ke 15888.


Isnin, Februari 18, 2013

Kebenaran Sentiasa Berdiri






"Yang batil(salah) kelihatan gagah tetapi lemah, yang hak(benar) kelihatan lemah tetapi gagah"
                                                                Asy-Syahid Syed Qutb


  Untuk mengetahui sejarah Asy-Syahid baca di sini.



Isnin, Januari 21, 2013

Makanan Bercampur Telur Ber.....????

Kita sering mengutamakan kehalalan makanan atau barangan sama ada ia bercampur atau tiada campuran sesuatu yang haram seperti khinzir.  Sedarkah kita adakalanya kita terjamah sesuatu yang haram walaupun zahir kelihatan ia halal dan disediakan oleh seorang muslim, malah penyedianya lengkap bertutup aurat dan jika lelaki lengkap dengan ketayap. Awasi makanan yang disediakan berasaskan telur ayam.  Kedapatan hari ini penjual murtabak, roti canai, bahulu, dan lain-lain yang menggunakan telur ayam, tidak mengambil berat perihal kebersihan dan kesucian makanan. 
(Gambar Hiasan -dipetik daripada http://inibukanblog.tumblr.com)

Dalam kalangan mereka masih ada yang mencampurkan telur bernajis, iaitu mencampurkan telur tanpa dicuci ke dalam adunan makanan.  Pada pandangan kasar telur berkenaan kelihatan bersih tetapi sebenarnya ia tidak suci kerana tidak disucikan terlebih dahulu(dicuci/dibasuh). Inilah resepi yang akan memudaratkan kita, iaitu memakan makanan bercampur najis. 
(Gambar Hiasan - dipetik daripada http://www.azila.my/2011/07/jangan-makan-telur.html)

 Jakim sebagai institusi penguatkuasa kehalalan makanan perlu memperluas operasinya, iaitu bukan sahaja mengeluarkan sijil halal malah perlu mewajibkan penjual makanan menyertai kursus pengendalian kehalalan makanan supaya kesucian makanan terpelihara.  Kursus ini perlu dijadikan syarat lulus untuk mendapatkan lesen perniagaan oleh pihak berkuasa yang lain.