Syukur dapat kembali di persada maya, blogging, setelah seminggu berdiam. Mohon maaf kepada pengunjung yang menjenguk tika maklumat tidak dikemaskini.
Minggu lalu, penulis meraikan isteri kembali ke kampung halamannya di Kuala Terengganu. Sepanjang minggu ini, talian internet ditinggalkan di rumah.
Kesyukuran juga dipanjatkan kepada Ilahi kerana memelihara perjalanan balik kampung sejauh 450 km dari Kamunting ke Kuala Terengganu. Begitu juga, ALlah s.w.t yang memelihara rumah dan harta benda yang ditinggalkan dijauhkan daripada mala petaka, bencana, dan pencerobohan. Terima kasih juga kepada jiran yang sudi menengok-nengokkan keselamatannya.
Inilah pengalaman kesekian kali, kembali ke Kuala Terengganu pada musim tengkujuh. Sepanjang minggu, siang malam, dilimpahi hujan sehingga akhirnya hari terakhir menenggelamkan beberapa kawasan.

>
Teknologi hari ini mencepatkan penyebaran maklumat dan membantu perjalanan kami sekeluarga memilih laluan yang masih boleh dilalui. Bersyukur juga kerana adanya dua laluan hubungkan Kuala Terengganu ke Jerteh. Laluan Sungai Tong ke Jerteh yang terputus dapat diatasi dengan melalui laluan alternatif, jalan pantai, Kuala Terengganu ke Kampung Raja, Besut. Laluan ini telah ditinggikan dan ada beberapa tempat air sungai hampir separas dengan jalan raya. Jika hujan lebat berterusan berhari-hari laluan ini juga mungkin ditenggelamkan.
Malam terakhir di Kuala Terengganu, tidur dalam kerisauan, hujan lebat, kilat sabung-menyabung. Jam 1.30 pagi tersedar dan pindahkan kereta ke bahagian tinggi kerana air melimpahi halaman rumah sehingga sekaki dalamnya.
Ketika melalui Bukit Bunga dan Ayer Lanas, Kelantan jalan yang boleh dilalui hanya selorong kerana dilimpahi air. Kelihatan di kiri dan kanan jalan di Ayer Lanas, Jeli rumah penduduk ditenggelamkan kira-kira semeter.
Ingin dikongsikan disini, meninggalkan rumah adalah suatu yang dirisaukan, dan berada lama di atas jalan pula risiko yang tinggi untuk kecelakaan kiranya ada kelalaian diri sendiri atau orang lain. Oleh itu, jika ingin tinggalkan rumah dan bermusafir, dirikanlah solat sunat hajat, solat sunat musafir, dan ketika hendak tinggalkan rumah bacalah ayat Kursi dan ayat terakhirnya diulang tujuh kali agar ALlah s.w.t memelihara daripada sebarang pencerobohan. Pintu-pintu bilik eloknya tidak dikunci, jika diceroboh akan tambahkan kerugian kerana kehilangan harta benda dan terpaksa membaiki pintu pula. Keadaan ini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Untuk memulakan perjalanan pula bacalah doa menaiki kenderaan dan doa memelihara perjalanan daripada sebarang ancaman atau halangan.
Wassalam dan Salam Bloging
2 ulasan:
Tengkujuh lagi...dan Disember ini kembali meriah.Merehat minda bercuti bersama keluarga. Pasti ada cerita menarik dan ceria. Apa kabar nenek kita? Mahu mencabar menguji suara atau ada penaja mengintai suasana. Dan pak 'syeikh' mahu menceria suasana. Dari timur ke utara dan kembali ke tranung kite...
kat Tengganu musim tengkujuh memang macam tu....
itu lah lumrah alam, hujan panas ribut petir.
Catat Ulasan