Siri 1 Nabi Muhammad s.a.w Guru dan Pendidik Terulung
Didik Insan ingin kongsikan sedutan buku Nabi Muhammad S.A.W Guru dan Pendidik Terulung (BPT). Buku ini ditulis oleh As Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah dan diterjemahkan oleh Hj.Shuhadak Mahmud (2001). Dalam buku ini dimuatkan 40 teknik pengajaran oleh Rasululullah s.a.w. Secara bersiri, Didik Insan cuba mengulas setiap teknik untuk iktibar dan diamalkan oleh kaum pendidik dan sesiapa sahaja yang menjadi pendidik atau pemimpin kepada mereka-mereka di sekelilingnya.
Teknik pertama dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ialah menjadikan dirinya dan akhlaknya sebagai model pendidikan. Rasulullah s.a.w hanya memberikan arahan setelah sesuatu yang diarahkannya telah baginda laksanakan. Ini bermaksud baginda melakukannya dahulu, barulah baginda mengarahkan sahabat-sahabat lain melakukannya. Keadaan ini menunjukkan bahawa seorang pendidik atau pemimpin yang berkesan hendaklah bertindak sebagaimana diucapkan bukannya hanya pandai berkata-kata sahaja.
Dalam dunia pendidikan adakalanya kita membimbing murid dengan berkata "ikut apa yang cikgu cakap, jangan ikut apa yang cikgu buat". Jika ungkapan ini berterusan menjadi amalan kita maka murid akan terkeliru dengan kemurnian pendidikan. Menjadi pendidik yang berkesan, kita mestilah tahu dan mampu menjelaskan secara teori serta berkebolehan menunjukkan amalinya.
Menjadi guru yang berkesan harus ada kekuatan jiwa untuk belajar dan terus belajar supaya pengajaran dijalankan dengan penuh keyakinan. Pembelajaran yang berterusan menjadikan guru bersikap dinamik dan menguasai isi pelajarannya tanpa ada keraguan. Keyakinan dan penguasaan mendalam akhirnya membentuk seorang guru menjadi guru bukannya bekerja sebagai guru. Inilah gagasan yang perlu didokong demi kemajuan bersama. Jika guru gagal menjadi model kepada muridnya, siapa pula yang menjadi modelnya? Tentunya insan yang rapat dengan murid, iaitu rakan sebaya. Keadaan ini perlu dibetulkan dan gurulah seharusnya insan yang wajar menjadi idola murid-murid.
2 ulasan:
Assalamualaikum.Tahniah kepada Cikgu Budiman,blog yang menarik dan penuh informatif.Tahniah kerana blog sudah diindex oleh Google,bukan senang nak masuk google nie.Semoga terus dapat berblogging.
Semoga Cikgu Budiman sudi-sudikan untuk menjenguk blog saya Hijau Lestari.Dah lama idak diupdate,agak sibuk kebelakangan ini.kalu ada masa nanti kita boleh exchange links.nanti saya wujudkan blogroll di blog saya,kerana ada permintaan dari rakan blogger yang lain.Tahniah sekali lagi,keep blogging!
Waalaikumussalam,
terima kasih sudi menjenguk,lama juga niat nak bloging hingga tertangguh dan kemudian mencuba dan terus mencuba. harap kita diberi kelapangan dapat terus berbloging...harus ada dalam diri kita menjadi pendokong bersama bukan sekadar pemerhati sahaja.. terima kasih sekali lagi.
Catat Ulasan