Rabu, November 04, 2009

Tragedi Perkhemahan 1 Malaysia - Kuala Dipang


Kejadian berlaku cukup pantas..cerita Ustaz Shahrizal salah seorang urusetia Program Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Kementerian Pendidikan semasa bertemu beliau di lokasi kejadian jambatan runtuh malam tadi.


Sebelum kejadian, para peserta berpusu-pusu melalui jambatan untuk mengambil makan malam pada jam 10.00 mlm, lokasi utk mengambil makanan pula terletak di seberang sungai berhampiran pondok urusetia. Ada dalam kalangan para peserta yang kelihatan bermain-main di atas jambatan dengan menghentak-hentakkan kaki untuk menakut-nakutkan peserta yang lain.


Dalam keadaan terlampau sesak di atas jambatan,maka dengan tiba-tiba jambatan itu runtuh dan menjatuhkan kesemua peserta yang berada di atas jambatan itu.Bunyi kocakan air dan jeritan para peserta menjadikan keadaan semakin kelam kabut,urusetia yang melihat kejadian tersebut tanpa berfikir panjang terus terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan para peserta daripada dihanyutkan oleh arus sungai yang deras, ditambah pula keadaan malam yang gelap,menjadikan para peserta bertambah panik.


Kata Ustaz Shahrizal lagi..Saya sempat menarik tangan beberapa peserta untuk dibawa ke tepi sungai dan seterusnya cuba pula menyelamatkan peserta yang lain,keadaan air sungai yang terlampau sejuk menjadikan badan sudah tidak bertenaga,kedengaran jeritan tangisan dan suara meminta tolong,ada dalam kalangan para peserta yang berpaut pada beliau tidak dapat bertahan lama lalu melepaskan sedikit demi sedikit pegangan mereka lalu hanyut dibawa arus sungai yang deras, dan hanya lambaian tangan mereka saja yang kelihatan dalam suasana malam yang gelap itu,cerita beliau mengakhiri babak cemas yang dilaluinya dalam nada yang cukup sebak dan menyayat hati.


Mangsa yang terlibat hanyalah tiga orang sahaja bukannya 22 orang seperti yang dilaporkan.



Beginilah keadaan di hulu sungai, iaitu tempat para pesertaProgram 1 Malaysia itu dihanyutkan oleh arus sungai yang sangat deras pada malam kejadian.

Tiada ulasan: