Jumaat, Januari 23, 2009

Masjid ketika Jumaat

Jumaat, hari mulia, penghulu segala hari. Bersyukur, adanya Jumaat kita ke masjid dan mendengar khutbah, sekurang-kurangnya sekali seminggu diingatkan misi kehadiran ke bumi ini.
Namun, bagaimanakah kesediaan kita dalam meraikannya, adakah sekadar mengulangi saban minggu hingga menjadi suatu adat atau ibadat? Apakah imam dan khatib berjaya dalam tugasannya memimpin dan mengingat atau sekadar mengisi kekosongan tugas? Apakah makmum berada pada kedudukan yang betul menghadap ALlah? Apakah kita memelihara adab di masjid?

Antara isu yang perlu kita fikirkan:

1.Imam mengarah betulkan saf tetapi tidak berikan masa betulkan saf. Perkara ini asas dalam pembentukan berjamaah dan kita meringankannya. Adakalanya imam tidak menunggu ahli jamaah yang masih bergerak dan tercari ruang untuk dipenuhi.

2.Karpet yang berbentuk sejadah memberi ruang yang luas bagi setiap ahli jamaah dan akhirnya menjadikan ahli jamaah berada pada kedudukan terpisah dan tidak akur dengan arahan merapatkan saf. Adakah ini perancangan musuh Islam secara senyap untuk merenggangkan kita?

3. Jamaah yang tiba awal duduk betul-betul di pintu masuk, kemudian bersembahyang sunat di situ, bagaimana dengan ahli jamaah lain untuk memasuki masjid, adakah perlu berjalan di hadapan mereka yang sedang bersembahyang? Ada pendapat mengatakan lalu di hadapan orang sedang bersembahyang tidak diterima amalan solatnya selama 40 tahun...wallah hu alam.


Adakalanya kita terlewat, nak masuk ke dalam atau ke hadapan terhalang oleh ahli jamaah yang sedang bersolat sunat. Syabas kepada masjid yang peka perkara ini dengan menyediakan laluan khas, iaitu karpet laluan di tengah-tengah masjid untuk mudahkan ahli jamaah terlewat mencari ruang sesuai tanpa berjalan di hadapan mereka yang bersolat sunat.



Marilah kita mempelajari dan memelihara adab di masjid supaya benar-benar menjadi muslim yang betul-betul muslim.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hi,can we exchnage our banner,if u done have banner i still can post yur link,please let me know after it done,my blog about my addicted making wire jewelry,thnak