Khamis, Mac 31, 2011

KESAN MENGISI PETROL




"Sebaik sahaja picu pam petrol ditekan untuk mengisi bahan bakar kenderaan anda, dalam masa yang sama tekanan pam tersebut turut membebaskan gas toksik dan bahan kimia berbahaya ke udara di sekitarnya. Keadaan ini secara langsung mendedahkan anda kepada bahaya bahan kimia terutamanya benzena. Bahan ini boleh meresap dengan cepat ke dalam kulit manusia kemudian menuju ke paru-paru serta menyebabkan masalah kegagalan fungsinya dan kanser." (iSihat, hlm10. April,2011)

...langkah mengatasi ... berhati-hati ketika mengisi dan jauhkan diri daripada pam serta neutralkan diri dengan bahan-bahan anti toksik...untuk selamatkan diri lagi dan lain-lain klik sini .

Sabtu, Mac 26, 2011

AKU BERJIWA KECIL...AKU BERJIWA BESAR???



Dalam buku The Magic of Thinking Big (Edisi Bahasa Melayu, hlm.107-108) memaparkan kaedah menentukan pola pemikiran sama ada berjiwa kecil atau berjiwa besar. Buat penilaian diri, yang mana menjadi pilihan.
SITUASI
PENDEKATAN PEMIKIR KECIL
PENDEKATAN PEMIKIR BESAR
Perbelanjaan
Mencari cara menambahkan laba dengan mengurangkan perbelanjaan.
Mencari cara menambahkan laba dengan cara meningkatkan jualan.
Perbualan
Sentiasa bercakap aspek negatif kawan-kawannya, ekonomi, syarikat tempat dia bekerja, dan para pesaingnya.
Sentiasa bercakap aspek positif kawan-kawannya, ekonomi, syarikat tempat dia bekerja, dan para pesaingnya.
Perkembangan
Berpegang pada pendekatan pembuangan kerja ataupun status quo.
Berpegang pada pendekatan penambahbaikan.
Masa depan
Menganggap masa depan dengan pandangan yang terhad.
Menganggap masa depan dengan pandangan yang penuh dengan keyakinan.
Kerja
Mencari cara bagi mengelak daripada melakukan kerja.
Sentiasa mencari kerja dan menolong orang lain.
Persaingan
Bersaing dengan golongan biasa sahaja.
Bersaing dengan golongan yang terbaik.
Masalah belanjawan
Mencari cara bagi menjimatkan duit dengan mengurangkan pembaziran.
Mencari cara bagi menambahkan pendapatan dan membeli lebih banyak barang keperluan.
Matlamat
Menetapkan matlamat yang mudah bagi dicapai.
Menetapkan matlamat yang mencabar bagi dicapai.
Pembayangan matlamat
Hanya menumpukan perhatian
pada jangka pendek.
Sentiasa menumpukan perhatian pada jangka panjang.
Jaminan Hidup
Sentiasa menumpukan perhatian pada jaminan hidup.
Menganggap jaminan hidup sebagai salah satu unsur yang bergerak seiring dengan kejayaan.


Kejayaan dan kegagalan merupakan pilihan. Pujangga mengatakan 'tiada manusia memilih kehidupan untuk gagal, tetapi gagal merancang dalam kehidupan menjadikan seseorang merancang untuk gagal'.



Isnin, Mac 21, 2011

KURSUS PERGURUAN LEPAS SPM AMBILAN JUN 2011

Mereka yang berminat sila layari pautan di bawah dan dapatkan no pin terlebih dahulu daripada Bank Simpanan Nasional. Kursus yang ditawarkan seperti berikut:

1.Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) :

. Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Kepujian)
2.Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara :
. Fizik
. Kimia
. Biologi
. Matematik
. Pendidikan Khas
. Bahasa Cina
3.Program Kembar Bahasa Perancis :
. Bachelor of Arts Degree in Sciences of Language and Information Specializing in Teaching French As Foreign Language
4.Program Kembar Bahasa Jerman :
. Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Jerman Dengan Pendidikan

Untuk memohon dan keterangan lanjut layari :

http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspm2011/



Sabtu, Mac 19, 2011

Berjiwa Besar



Amalkan dua perkara ini agar menjadi insan bermanfaat untuk diri sendiri dan alam sekeliling.

1.Berfikir dan yakin bahawa saya mampu melakukannya.
2.Berani melakukannya.

David J. Schwartz, dalam bukunya The Magic of Thinking Big mengatakan penyakit yang menghalang kemajuan seseorang ialah kekerdilan minda dan takut dalam bertindak. Kesan daripada penyakit ini akhirnya membantutkan kemajuan seseorang dan akhirnya menjejaskan pembangunan sesebuah negara.

Rabu, April 21, 2010

Perlukah Ada Batasan Alam Siber?

Dunia siber mendekatkan yang jauh dan memesrakan yang dekat. Hubungan yang terbina berasaskan gerak hati manusia yang memerlukan manusia lain dalam kehidupannya. Justeru, kemesraan akan terjalin apabila ciri keterbukaan menjadi teras dalam hubungan ini. Namun begitu, keterbukaan mestilah dibentengi oleh agama dan budaya bangsa. Mari bersama membina bangsa dengan acuan kita bukannya hanyut bersama dalam arus globalisasi dengan nilai keterbukaan tanpa batasan...mungkin puisi berikut sesuai untuk direnungi(puisi dipetik daripada majalah Solusi, Isu ke-18)


Pencarian


Suatu kisah
Kisah benar belaka
Seorang lelaki dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang.


Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata tip top!


Si lelaki mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula.


Si lelaki menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin Facebook
Satu keajaiban!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Bergambar sakan
Aduh!


Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Hanya kerana gambar ditayang
Pemilihan terbatal.


Dia pernah berkata
perempuan cantik itu
tidak memandang dan tidak dipandang
perempuan cantik itu
tidak mengenali dan tidak dikenali
perempuan cantik itu
tidak menegur dan tidak ditegur.


Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si lelaki tetap
Tidak berganjak dengan keputusan.


Wahai muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan
mereka
kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada
Seribu lelaki yang tidak soleh.


Nor Azleen Shamshuddin
Kluang, Johor
Solusi Isu ke-18, hlm.102

Isnin, April 19, 2010

Cerita di dalam Kelas




Antara teknik kekalkan keriangan murid dalam kelas ialah menyelitkan cerita. Suka mendengar cerita adalah sifat lazim manusia. Menyampaikan penerangan berterusan tanpa cerita bersesuaian menjadikan murid tertekan ketika belajar. Teringat pengalaman ketika belajar menjadi guru (USM, 1989-1993), sentiasa tertunggu-tunggu cerita yang ingin disampaikan oleh Encik Ahmad Khamis, Pensyarah Pusat pengajian Ilmu Pendidikan, begitu juga apabila bertanya anak-anak, siapakah guru yang seronok untuk belajar...jawab mereka... guru yang suka bercerita. Dalam buku Mengurus Tingkah Laku Pelajar, penulisnya telah mencadangkan aktiviti bercerita sebagai salah satu teknik. Kupasan tentang kepentingan dan kaedahnya telah diterangkan sebanyak 17 halaman. Begitulah pentingnya teknik ini di dalam kelas. Cubalah kita bersama tingkatkan diri menjadi guru yang berkesan dan disukai pelajar.

Sabtu, November 21, 2009

Sempadan Diri

Pendeta berkata:


Tidak diketahui kecintaan seseorang sehingga tiba saat berpisah.


Tidak diketahui kesabaran seseorang sehingga tiba masanya dia patut marah.


Tidak diketahui keberanian seseorang sehingga tiba waktu berperang.