Memaparkan catatan dengan label ucapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ucapan. Papar semua catatan

Jumaat, November 14, 2008

Selamat Bercuti


Tiba hari yang menggembirakan, iaitu, cuti akhir tahun persekolahan. Inilah masa untuk menenangkan fikiran, masa untuk membaiki prestasi, masa untuk mengeratkan kekeluargaan, masa untuk menuntut ilmu, masa untuk menambah pengalaman, dan yang pentingnya masa diisi dengan aktiviti membangunkan diri.

Manusia yang berjaya sentiasa berubah, hari ini seharusnya lebih maju daripada semalam, dan hari esok semakin mematangkan kita. Jadikanlah masa bercuti ini untuk kemajuan diri, agama, nusa, dan bangsa.


Selamat bercuti.

Sabtu, Jun 28, 2008

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi atas kesempatan untuk kita berkomunikasi melalui blog dan memilih saya menjadi blogger yang seterusnya.

Salam persaudaraan kepada para blogger, moga kehadiran saya menambahkan kemeriahan alam siber ini. Kepada para pembaca, selamat membaca dan berinteraksi, moga ada sesuatu yang kita boleh kongsikan di ruangan ini.

Blog ini memilih tema 'didik insan' sebagai landasan untuk kita berkomunikasi, moga interaksi antara kita dapat membawa kemajuan dan kesejahteraan kepada masyarakat sejagat.

Selamat membaca dan berkenalan.