Khamis, Februari 05, 2009

Olahraga Politik Malaysia

...politik Malaysia...berprinsip ?...integriti?...minda kelas pertama?...


(dipetik daripada http://kassim8888.blogspot.com/)


...untuk fahami hakikat sebenar...kata-kata boleh dibelit-belit...tetapi...bahasa badan...saksi sebenar...lihat analisis blogger 'mendewa' ... sila klik http://mendewa.blogspot.com/2009/02/bahasa-badan-ii.html

Rabu, Februari 04, 2009

Terkini dari Perak

Kenyataan Akhbar Menteri Besar Perak


IPOH, 4 Feb :- Saya telah menyembahkan permohonan kepada Sultan melalui peruntukan undang-undang yang ada sebagai " leader of the house", namun saya fikir apa-apa yang diperlukan oleh Sultan maka Sultan ambil masa dan menangguhkan keputusannya. Demikian antara kenyataan YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam sidang akhbar di Pejabat PAS Perak di sini."saya akan menjalankan tugas seperti biasa sebagai Menteri Besar" tegas Ir. Nizar.Ir. Nizar menyifatkan UMNO cuba merampas hak rakyat, dan memohon sekiranya berlaku Pilihanraya supaya rakyat memberi majoriti yang besar kepada Pakatan Rakyat."Saya akan akur kepada apa saja keputusan Tuanku, dan perbincangan dengan Tuanku cukup baik dan Baginda ada membacakan ayat Al Quran 'Sesungguh Allah bersama orang yang sabar' " Jelas Nizar. Ditanya mengenai ADUN Bota, Nasaruddin Hashim yang telah menyeberang kembali kepada BN, Nizar mengatakan ini adalah satu konspirasi yang besar. Jika sekiranya ada unsur paksaan itu adalah satu pengainayaan kepada Nasaruddin dan orang Bota."Kita sekarang adalah kerajaan minoriti dan saya berharap tidak ada huru-hara dan sebagainya" jelas Nizar.



Sabtu, Januari 31, 2009

Bahasa Ibundaku...?

(gambar dipetik daripada laman http://www.msomelayu.blogspot.com/)

...selagi ada pencinta dan pejuang bahasa, bahasaku masih mampu berdenyut, namun...antara kuasa dan keinginan, keegoan mengatasi segalanya... syabas kepada mereka yang tetap dengan "Bahasa Jiwa Bangsa"...bertindaklah dengan kebenaran dan merujuk kepada yang tahu, hanya 'Jauhari mengenal manikam'...moga bangsaku tidak tengelam tanpa tahu siapa dirinya.

Jumaat, Januari 23, 2009

Masjid ketika Jumaat

Jumaat, hari mulia, penghulu segala hari. Bersyukur, adanya Jumaat kita ke masjid dan mendengar khutbah, sekurang-kurangnya sekali seminggu diingatkan misi kehadiran ke bumi ini.
Namun, bagaimanakah kesediaan kita dalam meraikannya, adakah sekadar mengulangi saban minggu hingga menjadi suatu adat atau ibadat? Apakah imam dan khatib berjaya dalam tugasannya memimpin dan mengingat atau sekadar mengisi kekosongan tugas? Apakah makmum berada pada kedudukan yang betul menghadap ALlah? Apakah kita memelihara adab di masjid?

Antara isu yang perlu kita fikirkan:

1.Imam mengarah betulkan saf tetapi tidak berikan masa betulkan saf. Perkara ini asas dalam pembentukan berjamaah dan kita meringankannya. Adakalanya imam tidak menunggu ahli jamaah yang masih bergerak dan tercari ruang untuk dipenuhi.

2.Karpet yang berbentuk sejadah memberi ruang yang luas bagi setiap ahli jamaah dan akhirnya menjadikan ahli jamaah berada pada kedudukan terpisah dan tidak akur dengan arahan merapatkan saf. Adakah ini perancangan musuh Islam secara senyap untuk merenggangkan kita?

3. Jamaah yang tiba awal duduk betul-betul di pintu masuk, kemudian bersembahyang sunat di situ, bagaimana dengan ahli jamaah lain untuk memasuki masjid, adakah perlu berjalan di hadapan mereka yang sedang bersembahyang? Ada pendapat mengatakan lalu di hadapan orang sedang bersembahyang tidak diterima amalan solatnya selama 40 tahun...wallah hu alam.


Adakalanya kita terlewat, nak masuk ke dalam atau ke hadapan terhalang oleh ahli jamaah yang sedang bersolat sunat. Syabas kepada masjid yang peka perkara ini dengan menyediakan laluan khas, iaitu karpet laluan di tengah-tengah masjid untuk mudahkan ahli jamaah terlewat mencari ruang sesuai tanpa berjalan di hadapan mereka yang bersolat sunat.



Marilah kita mempelajari dan memelihara adab di masjid supaya benar-benar menjadi muslim yang betul-betul muslim.

Sabtu, Januari 10, 2009

Bersama Menentang Israel dan Sekutunya Amerika


Kekejaman Israel perlu dilumpuhkan melalui kesepakatan persaudaraan Islam dan keprihatinan manusia sejagat. Syabas dan tahniah kepada kerajaan Venezuela yang mengusir diplomat Israel daripada negaranya. Apa pula tindakan kita? Tunjukkan persaudaraan kita dengan kekuatan dan kawalan yang boleh kita lakukan dengan memboikot barangan sekutu Israel, iaitu Amerika dan syarikat Israel. Moga memboikot ini melumpuhkan kekuatan mereka.


Khamis, Disember 04, 2008

Hidup Sekadar Ikut-ikut??


Tergelincir dalam kehidupan sering berlaku dalam masyarakat kita. Antaranya seperti gagal dalam pelajaran, gagal dalam perkahwinan, dan kehidupan yang bermasalah. Kenapa keadaan ini berlaku?

Antara faktor menjadikan kita tergelincir ialah kita mengamalkan kehidupan 'ikut-ikut' atau mewarisi sahaja apa-apa yang ditinggalkan oleh generasi terdahulu.

Apabila genap umur anaknya tujuh tahun, ada ibu bapa yang sekadar ikut-ikut sahaja masyarakat sekeliling menghantar anaknya ke sekolah. Ketika di sekolah anak-anak ini tidak tahu kenapa bersekolah dan tidak tahu menentukan haluan sendiri walaupun telah berada di sekolah menengah. Keadaan yang berlaku hanyalah ikut-ikut sahaja. Jika persekitaran yang membentuknya berkeadaan baik dan betul maka anak-anak ini ikut-ikut perkara yang baik. Jika persekitaran yang membentuknya berkeadaan buruk maka anak-anak ini ikut-ikut perkara yang buruk. Apabila tiba tamat bersekolah, ramai rakan-rakannya yang berkahwin, anak-anak ini melihat dan dia juga perlu ikut-ikut seperti rakan yang lain berkahwin. Tujuan dan sebab berkahwin tidak difikirkan.

Inilah sikap yang ramai antara kita amalkan, kehidupan yang sekadar ikut-ikut sahaja. Keadaan ini perlu dibetulkan agar kegelinciran dapat dielakkan. Apabila melakukan sesuatu kita perlu tahu kenapa dan ke mana yang akan kita tujui dan perolehi, iaitu menjadikan maklumat atau ilmu sebagai sandaran dalam melakukan sesuatu. Inilah yang dikatakan sebagai membudayakan ilmu dalam kehidupan. Dan ilmu yang tertinggi sebagai rujukan dan pegangan kita ialah al-Quran dan as-Sunnah.

Sabda nabi yang bermaksud:

"Telah kutinggalkan bagi kamu sekalian dua perkara, tidak akan sesat kamu selama kamu berpegang teguh dengan keduanya, iaitu Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya." (Malik)

Rabu, Disember 03, 2008

Ketuanan Melayu



Isu yang dipanaskan semula ialah 'Ketuanan Melayu'. Pelbagai konotasi dikemukakan mengikut persepsi dan pegangan politik. Blog ini ingin menyentuh isu ini dengan membincangkan makna 'Ketuanan Melayu' berasaskan makna kamus dan memaparkan beberapa maknanya oleh mantan perdana menteri Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir.

Kamus Dewan(2005:1718)menyatakan ketuanan sebagai "hak menguasai dan memerintah sebuah negeri, daerah, dll, kedaulatan."

Kedaulatan pula didefinisikan sebagai "kekuasaan yang tertinggi"(Kamus Dewan, 2005: 320).

Apabila makna kamus 'ketuanan' digabungkan dengan 'Melayu' maka makna yang boleh difahami ialah "Melayu menguasai dan memerintah sebuah negeri, daerah, dan Melayu memiliki kekuasaan yang tertinggi."

Dari sudut bahasa inilah makna yang boleh kita fahami, iaitu Melayu menjadi penguasa, pemerintah, dan pembuat keputusan.

Yang Berbahagia Tun menyatakan seperti berikut :

"Dalam 50 tahun kita merdeka, kuasa politik ada pada kita. Ini membolehkan kita panggil diri kita "Tuan". Tetapi kita tidak Tuan sepenuhnya.Kita boleh jadi Tuan dengan ertikata yang bermakna jika orang Melayu berkebolehan dan berjaya dalam bidang ekonomi dan sosial juga"

dan

"Kita boleh jadi "Tuan" jika kita berani bertindak, kita sanggup menghadapi risiko, kita berusaha untuk menguasai semua ilmu dan kecekapan sehingga tidak perlu bergantung kepada sesiapa".

untuk baca lebih lanjut klik sini

Dari sudut undang-undang pemimpin politik Malaysia sama ada parti BN, PAS, PKR, dan DAP telah menerima dan memperakuinya seperti mana disebutkan dalam perlembagaan Malaysia. Bagi penulis isu ini hanya dimainkan semula untuk mempopularkan diri masing-masing di persada politik. Inilah seni politik dan kepemimpinan, mencari isu dan mencipta isu agar segar dalam perhatian penyokongnya.

klik sini (Isu raja dan bahasa)
klik sini (Agenda melayu)
klik sini (DAP dan Pendekatan Islam)
klik sini (Ketuanan Melayu dan Ketuanan Islam)