Kita sering mengutamakan kehalalan makanan atau barangan sama ada ia bercampur atau tiada campuran sesuatu yang haram seperti khinzir. Sedarkah kita adakalanya kita terjamah sesuatu yang haram walaupun zahir kelihatan ia halal dan disediakan oleh seorang muslim, malah penyedianya lengkap bertutup aurat dan jika lelaki lengkap dengan ketayap. Awasi makanan yang disediakan berasaskan telur ayam. Kedapatan hari ini penjual murtabak, roti canai, bahulu, dan lain-lain yang menggunakan telur ayam, tidak mengambil berat perihal kebersihan dan kesucian makanan.
(Gambar Hiasan -dipetik daripada http://inibukanblog.tumblr.com | ) |
Dalam kalangan mereka masih ada yang mencampurkan telur bernajis, iaitu mencampurkan telur tanpa dicuci ke dalam adunan makanan. Pada pandangan kasar telur berkenaan kelihatan bersih tetapi sebenarnya ia tidak suci kerana tidak disucikan terlebih dahulu(dicuci/dibasuh). Inilah resepi yang akan memudaratkan kita, iaitu memakan makanan bercampur najis.
(Gambar Hiasan - dipetik daripada http://www.azila.my/2011/07/jangan-makan-telur.html) |
Jakim sebagai institusi penguatkuasa kehalalan makanan perlu memperluas operasinya, iaitu bukan sahaja mengeluarkan sijil halal malah perlu mewajibkan penjual makanan menyertai kursus pengendalian kehalalan makanan supaya kesucian makanan terpelihara. Kursus ini perlu dijadikan syarat lulus untuk mendapatkan lesen perniagaan oleh pihak berkuasa yang lain.