Rabu, November 12, 2014

Amalan 4B

 
Untuk berjaya - berusaha, bersabar, berkorban, dan berdoa.  Amalan 4 B yang berkekalan berupaya menjadikan setitik menjadi lautan, sekepal menjadi gunung. Mulakan dengan suatu langkah, bertindak setelah tahu, cari supaya betul. Inilah antara resepi kejayaan. Anda akan berjaya!


Selasa, November 11, 2014

Lupa Diri

Peristiwa iblis tersingkir dari syurga ialah gambaran keangkuhan yang menyebabkan nikmat syurga yang dinikmati hilang.  Hari ini dalam kehidupan kita sering kali kita alpa dan adakalanya membiarkan keangkuhan menguasai diri.  Beringat-ingat, jangan biarkan keangkuhan menguasai kita sehinggakan kita kehilangan apa-apa yang kita sedang nikmati. 

Sabtu, Mac 16, 2013

Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2012, STPM Terminal 2012, dan STPM Penggal 1 2012/2013

Sumber daripada Bernama (lihat sini) Calon-calon SPM 2012 boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas jam 10:00 pagi pada 21 Mac 2013,Khamis.   Menurut MPM (lihat sini), keputusan STPM Terminal akan diumumkan pada 18 Mac 2013 selepas jam 12:00 tengah hari, manakala STPM Modular Penggal 1 2012/2013 pada 21 Mac 2013 secara dalam talian di Portal MPM dan SMS.  Bagi yang ingin mengetahuinya melalui SMS, boleh ikuti langkah di bawah. Semakan SPM melalui SMS akan diaktifkan selepas jam 10:00 pagi 21 Mac 2013 sehingga 11:59 27 Mac 2013, manakala STPM Terminal selepas jam 12:00 tengah hari 18 Mac 2013.

Semakan SPM:

Taip SPM  < NOMBOR KP > < NOMBOR ANGKA GILIRAN >
dan hantar ke 15888.

Contoh:

SPM 950314115055  AB0001A066 dan hantar ke 15888.

Semakan STPM:

Taip STPM Result < NOMBOR KP > 
dan hantar ke 15888.


Isnin, Februari 18, 2013

Kebenaran Sentiasa Berdiri






"Yang batil(salah) kelihatan gagah tetapi lemah, yang hak(benar) kelihatan lemah tetapi gagah"
                                                                Asy-Syahid Syed Qutb


  Untuk mengetahui sejarah Asy-Syahid baca di sini.



Isnin, Januari 21, 2013

Makanan Bercampur Telur Ber.....????

Kita sering mengutamakan kehalalan makanan atau barangan sama ada ia bercampur atau tiada campuran sesuatu yang haram seperti khinzir.  Sedarkah kita adakalanya kita terjamah sesuatu yang haram walaupun zahir kelihatan ia halal dan disediakan oleh seorang muslim, malah penyedianya lengkap bertutup aurat dan jika lelaki lengkap dengan ketayap. Awasi makanan yang disediakan berasaskan telur ayam.  Kedapatan hari ini penjual murtabak, roti canai, bahulu, dan lain-lain yang menggunakan telur ayam, tidak mengambil berat perihal kebersihan dan kesucian makanan. 
(Gambar Hiasan -dipetik daripada http://inibukanblog.tumblr.com)

Dalam kalangan mereka masih ada yang mencampurkan telur bernajis, iaitu mencampurkan telur tanpa dicuci ke dalam adunan makanan.  Pada pandangan kasar telur berkenaan kelihatan bersih tetapi sebenarnya ia tidak suci kerana tidak disucikan terlebih dahulu(dicuci/dibasuh). Inilah resepi yang akan memudaratkan kita, iaitu memakan makanan bercampur najis. 
(Gambar Hiasan - dipetik daripada http://www.azila.my/2011/07/jangan-makan-telur.html)

 Jakim sebagai institusi penguatkuasa kehalalan makanan perlu memperluas operasinya, iaitu bukan sahaja mengeluarkan sijil halal malah perlu mewajibkan penjual makanan menyertai kursus pengendalian kehalalan makanan supaya kesucian makanan terpelihara.  Kursus ini perlu dijadikan syarat lulus untuk mendapatkan lesen perniagaan oleh pihak berkuasa yang lain.

Khamis, Mac 31, 2011

KESAN MENGISI PETROL




"Sebaik sahaja picu pam petrol ditekan untuk mengisi bahan bakar kenderaan anda, dalam masa yang sama tekanan pam tersebut turut membebaskan gas toksik dan bahan kimia berbahaya ke udara di sekitarnya. Keadaan ini secara langsung mendedahkan anda kepada bahaya bahan kimia terutamanya benzena. Bahan ini boleh meresap dengan cepat ke dalam kulit manusia kemudian menuju ke paru-paru serta menyebabkan masalah kegagalan fungsinya dan kanser." (iSihat, hlm10. April,2011)

...langkah mengatasi ... berhati-hati ketika mengisi dan jauhkan diri daripada pam serta neutralkan diri dengan bahan-bahan anti toksik...untuk selamatkan diri lagi dan lain-lain klik sini .

Sabtu, Mac 26, 2011

AKU BERJIWA KECIL...AKU BERJIWA BESAR???



Dalam buku The Magic of Thinking Big (Edisi Bahasa Melayu, hlm.107-108) memaparkan kaedah menentukan pola pemikiran sama ada berjiwa kecil atau berjiwa besar. Buat penilaian diri, yang mana menjadi pilihan.
SITUASI
PENDEKATAN PEMIKIR KECIL
PENDEKATAN PEMIKIR BESAR
Perbelanjaan
Mencari cara menambahkan laba dengan mengurangkan perbelanjaan.
Mencari cara menambahkan laba dengan cara meningkatkan jualan.
Perbualan
Sentiasa bercakap aspek negatif kawan-kawannya, ekonomi, syarikat tempat dia bekerja, dan para pesaingnya.
Sentiasa bercakap aspek positif kawan-kawannya, ekonomi, syarikat tempat dia bekerja, dan para pesaingnya.
Perkembangan
Berpegang pada pendekatan pembuangan kerja ataupun status quo.
Berpegang pada pendekatan penambahbaikan.
Masa depan
Menganggap masa depan dengan pandangan yang terhad.
Menganggap masa depan dengan pandangan yang penuh dengan keyakinan.
Kerja
Mencari cara bagi mengelak daripada melakukan kerja.
Sentiasa mencari kerja dan menolong orang lain.
Persaingan
Bersaing dengan golongan biasa sahaja.
Bersaing dengan golongan yang terbaik.
Masalah belanjawan
Mencari cara bagi menjimatkan duit dengan mengurangkan pembaziran.
Mencari cara bagi menambahkan pendapatan dan membeli lebih banyak barang keperluan.
Matlamat
Menetapkan matlamat yang mudah bagi dicapai.
Menetapkan matlamat yang mencabar bagi dicapai.
Pembayangan matlamat
Hanya menumpukan perhatian
pada jangka pendek.
Sentiasa menumpukan perhatian pada jangka panjang.
Jaminan Hidup
Sentiasa menumpukan perhatian pada jaminan hidup.
Menganggap jaminan hidup sebagai salah satu unsur yang bergerak seiring dengan kejayaan.


Kejayaan dan kegagalan merupakan pilihan. Pujangga mengatakan 'tiada manusia memilih kehidupan untuk gagal, tetapi gagal merancang dalam kehidupan menjadikan seseorang merancang untuk gagal'.